Naik taraf infrastruktur riadah sekolah tahfiz

MASJID TANAH 26 Feb. – Seramai 17 kakitangan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah terlibat pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diadakan, baru-baru ini.
Pengarah KKTM Masjid Tanah, Azman Ali berkata, program CSR diadakan bagi menarik taraf infrastruktur riadah di Pusat Tahfizul Quran Al-Qamar, Tanjung Bidara.
Katanya, antara aktiviti dijalankan adalah menyediakan kemudahan gelangang sepak takraw dan gelangang bola sepak jalanan.
“Kerja-kerja menyiapkan gelanggang tersebut termasuk mengecat garisan gelanggang, menyediakan tiang gol dan tiang sepak takraw serta jaring sepak takraw,” katanya.
CATEGORIES MELAKA