Nasam Malacca Colour Walk sokongan buat pesakit strok

Nasam Malacca Colour Walk sokongan buat pesakit strok

KLEBANG 31 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melalui kerjasama Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam) menganjurkan program ‘Nasam Malacca Colour Walk 2018) di sini, Ahad lalu.

Program itu diadakan di Dataran Klebang disertai 320 peserta dan turut disertai 13 pesakit stroke sebagai tanda sokongan mereka terhadap program ini.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Azmi Hussain berkata, program setiap tahun itu sebagai tanda sokongan terhdap pesakit-pesakit strok.

Menurutnya, pesakit strok akan melalui tempoh pemulihan di mana mereka diajar semula bagaimana cara gerakan untuk mengembalikan semula fungsi tubuh mereka.

“Dari segi fizikal, individu ini akan belajar semula bagaimana menggunakan tangan, cara duduk, bangun dan berjalan.

“Justeru itu, sokongan secara psikologi kepada ahli keluarga juga akan diberikan termasuk menggalakkan penglibatan ahli keluarga terdekat dengan aktiviti dijalankan,” katanya ketika ditemui.

CATEGORIES