OPS Dadah : 15 penagih dicekup

OPS Dadah : 15 penagih dicekup

JASIN 8 Feb. – Seramai 15 penagih dicekup dalam lapan operasi berasingan dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Jasin di daerah tersebut sepanjang Januari dan Februari.

Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Jasin, Mohd Norzie Abd. Rahman berkata, tangkapan itu hasil operasi di tiga kawasan Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH), empat aduan orang
awam dan satu operasi bersepadu.

“Hasil saringan awal dilakukan, 13 dari orang kena tuduh (OKT) yang ditahan positif dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman di lokap AADK Jasin. Ada di antara mereka telah dituduh dan ada yang dihantar ke pusat
pemulihan,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Mohd Norzie, AADK Jasin akan terus menjalankan operasi untuk membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Orang awam atau sesiapa saja punyai maklumat mengenai masalah dadah di kawasan mereka, diminta segera hubungi pihak kami,” katanya.

CATEGORIES