Ops Hiburan : 10 pusat hiburan diperiksa, 6 kompaun dikeluarkan

Ops Hiburan : 10 pusat hiburan  diperiksa, 6 kompaun dikeluarkan

RAHIMIN (bertopi) bersama anggota JAIM semasa memeriksa pengunjung wanita Islam berpakaian tidak sopan di pusat hiburan.

BANDARAYA MELAKA 31 Okt. – Sebanyak enam kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada lima premis pusat hiburan dalam ‘Ops Hiburan’ bersepadu di sini, Ahad lalu.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 10 premis pusat hiburan telah diperiksa di sekitar Bandaraya Melaka.

Operasi itu melibatkan agensi MBMB, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Jabatan Imigresen.

Dalam serbuan di salah satu premis hiburan di Melaka Raya, Jabatan Imigresen menahan dua pengunjung warga asing yang tidak mempunyai pasport.

AADK menahan seorang pengunjung yang positif ganja, manakala 36 notis telah dikeluarkan JAIM kepada pengunjung wanita Islam kerana berpakaian tidak sopan.

Operasi bersepadu itu diketuai Pengarah Penguat Kuasa MBMB, Hazudin Hashim membabitkan kira-kira 50 pegawai.

Turut sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Agama JAIM, Datuk Rahimin Bani dan Ahli Majlis MBMB, Sharril Shah Mohd Saleh.

CATEGORIES