Ops Pengarah: JPJ keluarkan 150 saman pelbagai kesalahan

Ops Pengarah: JPJ keluarkan 150 saman pelbagai kesalahan

ANGGOTA JPJ Melaka memeriksa kenderaan pada Ops Pengarah di Pengkalan Rama, malam tadi.

PENGKALAN RAMA 27 Okt. – Sebanyak 150 notis saman pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pengguna jalan raya sepanjang Ops Pengarah di Pengkalan Rama, malam tadi.

Menurut Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif, majoriti saman dikeluarkan malam tadi melibatkan pengunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Katanya, diikuti tiada lesen memandu serta lain-lain kesalahan.

“Kesalahan dikenalpasti majoriti berkenaan pengunaan LKM tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, manakala berkenaan tiada lesen memandu sebanyak 30 saman dikeluarkan.

“Diikuti, Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh, tujuh kesalahan kerana tidak pamer pelekat P, empat isu berkenaan nombor pendaftaran dan dua kesalahan kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya.

Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam itu melibatkan 50 anggota JPJ dan 12 anggota Agensi Antidadah  Kebangsaan (AADK) Melaka.

CATEGORIES