Ops TBC 2019 : 4,920 kenderaan diperiksa

Ops TBC 2019 : 4,920 kenderaan diperiksa

BUKIT KATIL 14 Feb. – Sejumlah 4,920 kenderaan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka melibatkan motosikal, motokar, lori, bas dan kenderaan lain dalam Operasi Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, jumlah itu 1,010 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya termasuk perlesenan pemandu, perlesenan kenderaan, lebih muatan, teknikal, tujuh kesalahan utama dan lain-lain kesalahan.

Katanya, sebanyak 1,236 notis dikeluarkan JPJ sepanjang operasi itu, bagaimanapun kesalahan pelesenan kenderaan adalah yang tertinggi iaitu 355 kesalahan.

“Diikuti kesalahan pelesenan pemandu 347, kesalahan teknikal 143, kesalahan lebih muatan 90, lain-lain kesalahan 44 dan tujuh kesalahan utama sebanyak 31 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Bersama Agensi Kerajaan dan Pengamal Media sempena penutupan Ops TBC 2019, Selasa lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JPJ negeri, Mohammad Afdhal Mohd Ruslan dan wakil pegawai Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri, Asisten Superintendan Shaharizan Shahaman.

Sementara itu, katanya, bagi kadar tujuh kesalahan utama, sebanyak 54 peratus penurunan dicatatkan.

“Tahun lalu, sebanyak 68 kesalahan direkod berbanding tahun ini hanya 31 kesalahan dan
kesalahan tersebut termasuk tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar,
menggunakan telefon bimbit.

“Memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lorong kecemasan,” katanya Operasi TBC 2019 bermula 29 Januari hingga 12 Febuari lalu melibatkan 113 anggota JPJ.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan sijil penghargaan kepada pasukan operasi, agensi kerajaan dan media.

CATEGORIES