Ops TBC JPJ : 13 motosikal disita, 3 lelaki ditahan positif dadah

Ops TBC JPJ : 13 motosikal disita, 3 lelaki ditahan positif dadah

BANDARAYA MELAKA 11 Feb. – Sebanyak 13 motosikal disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka dalam Operasi Tahun Baharu Cina (TBC) di Jalan Tun Ali di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, penyitaan 13 motosikal itu dilakukan setelah pemeriksaan ke atas
740 kenderaan dalam operasi tersebut.

Katanya, 13 motosikal yang disita melibatkan kesalahan Lesen Kesalahan Motosikal (LKM) dan lesen memandu.

“Kita turut menahan seorang penunggang motosikal warga asing dalam operasi terbabit dan hasil operasi, kesalahan lesen memandu mencatatkan kes tertinggi,” katanya.

Operasi turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan menerusi saringan air kencing yang dilakukan, tiga lelaki ditahan kerana positif dadah.

“Mereka diserahkan kepada AADK dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya operasi melibatkan 58 anggota JPJ Negeri Melaka.

CATEGORIES