Pandangan Tun M terbaik – Adly

AYER KEROH 7 Jun – Pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang pembahagian peruntukan disalur kepada negeri cukup baik kerana mampu memberi impak positif kepada rakyat.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Mahathir mengingatkan bahawa taburan kekayaan mesti berdasarkan keperluan rakyat khususnya kepada masyarakat di luar bandar.
Menurutnya, peruntukan juga harus ditumpukan kepada negeri punyai rakyat yang miskin, jadi akan ada satu formula baharu di peringkat Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri mengalukan formula itu.
“Negeri-negeri yang mempunyai minyak juga akan menerima royalti berdasarkan mekanisme.
“Cukai pelancongan dan industri di Melaka banyak pergi ke kerajaan Persekutuan.
“Jadi formula pembahagian peruntukan tidak akan sama seperti negeri-negeri yang berpusat di bandar, antaranya Selangor,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri, hari ini.