Pantai Padang Kemunting jadi laluan sehala bermula 16 Februari

MASJID TANAH 13 Feb. – Jalan di pesisir Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak sepanjang satu kilometer akan dijadikan laluan sehala secara berkala bermula 16 Februari ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Zamzuri Ariffin berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat kajian dan percubaan sama ada ia boleh dilaksanakan secara menyeluruh mahupun tidak.
Katanya, untuk itu perlaksanaan berkala akan dilakukan setiap hujung minggu sahaja bermula dari 16 hingga 17 Februari, 23 hingga 24 Februari, 2 hingga 3 Mac dan 9 hingga 10 Mac ini.>>>
>>
**IKLANKAN perniagaan anda di muka depan Akhbar MelakaKini bermula serendah RM200 dengan 30,000 cetakan dan edaran percuma seluruh Melaka.*
>>* Lawati MelakaKini.my/iklan
*FAST RESPONSE* http://www.wasap.my/60183299936
“Laluan sehala itu akan bermula dari Zon A iaitu di pintu masuk pantai tersebut (berdekatan Balai Polis) dan akan dipisahkan melalui lima zon yang ditetapkan di kawasan terbabit.
“Lima lorong kecil yang memisahkan antara zon-zon tersebut turut dijadikan laluan sehala bagi memudahkan perjalanan keluar masuk ke pantai pelancongan berkenaan. Beberapa penguatkuasa turut diarahkan menjaga lalu lintas bagi memastikan trafik di situ berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi MelakaKini, semalam.
Mengulas lanjut, pihaknya turut merancang untuk membesarkan jalan berkenaan, namun ia belum dapat dilaksanakan berikutan masalah pengambilan tanah di pantai itu.
“Perkara ini berlarutan disebabkan tanah itu milik penduduk kawasan berkenaan dan sukar untuk di ambil alih.
“Kita akan lihat maklum balas orang ramai terhadap perlaksanaan ini kerana ia dilihat mampu mengatasi masalah lalu lintas di kawasan tersebut,” katanya.
Zamzuri berkata, melalui perancangan, MPAG juga akan membangunkan tapak perniagaan berpusat untuk peniaga kecil bagi mengelakkan mereka berniaga di bahu jalan yang juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas itu.