Pasangan suami isteri warga emas diselamatkan SAZ

Pasangan suami isteri warga emas diselamatkan SAZ

PEGAWAI SAZ mendengar keluhan pasangan suami isteri warga emas

MELAKA 2 Mac.- Nasib malang sepasang suami isteri warga emas yang terpaksa bertuduh di sebuah pondok usang terbela apabila diselamatkan Skuad Agihan Zakat (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada Jumaat.

Difahamkan pasangan suami isteri berkenaan yang berusia 57 tahun itu terpaksa bertuduh dipondok usang selepas dihalau keluar dari rumah pusaka didiaminya.

Selama dua minggu pasangan terbabit yang hilang tempat tinggal terpaksa menumpang berteduh dipondok usang yang hampir roboh tanpa bekalan elektrik dan air.

Sepanjang tempoh berkenaan, kedua- dua mereka menumpang mandi di stesen minyak, masjid dan hospital berdekatan.

Sementara itu, Setiausaha MAIM Azman Aziz berkata, pasangan suami isteri terbabit diselamatkan dengan bantuan orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak MAIM.

“Semakan dibuat mendapati mereka adalah penerima bantuan bulanan MAIM sejak 2010.

“SAZ kemudian menguruskan bilik sewa untuk mereka diami yang mana sewa bulanan akan dibayar oleh MAIM dan turut menyalurkan bantuan kecemasan kepada pasangan terbabit,” katanya.

CATEGORIES