PDRM tingkat rondaan & operasi

BANDARAYA MELAKA 8 Feb. – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka telah menjalankan operasi OP Selamat 14 dan Kempen Rumah Selamat sempena Tahun Baharu Cina (TBC).
Operasi dan kempen tersebut merupakan inisiatif membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan membendung kes pecah rumah yang sering berlaku pada musim cuti.
Tidak hanya meningkatkan rondaan, sebaliknya pantauan turut dijalankan di rumah dan premis berdasarkan maklum balas masyarakat.
Operasi cegah jenayah juga penting bagi mengekang kejadian jenayah di kawasan yang dikenal pasti.