Pegang 3 teras utama jadi pemimpin – Noor Effandi
Cari persamaan bukan cari perbezaan

TELOK MAS 6 Feb – “Pemimpin sekolah perlu pegang tiga teras utama untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai wawasan dan impian dalam negara ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.
Menurutnya, pemimpin yang berjaya adalah seorang yang disenangi semua kaum sama ada Melayu, Cina dan India.
“Pemimpin harus memahami perbezaan setiap bangsa dan tidak menjadikan perbezaan sebagai satu halangan untuk masyarakat bersatu dan bekerjasama demi negara ini.
“Saya hadir ke sekolah yang mempunyai 75 peratus pelajar berbangsa Cina, 15 peratus (India) dan 10 peratus Melayu.
“Ini bukti bahawa anak-anak berbangsa Cina juga boleh menerima pemimpin Melayu jika kita ikhlas menasihati dan berkongsi cerita demi menguatkan Malaysia tercinta,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Sekolah kepada 150 pemimpin sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gajah Berang, semalam.
ends…