Pejabat Daerah Melaka Tengah nafi keluar arahan tutup Japerun
Tak pasti jangan kongsi

AYER KEROH 25 Feb – Pejabat Daerah Melaka Tengah menafikan mengeluarkan arahan untuk menutup operasi Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun di daerah berkenaan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Melaka Tengah, pihaknya juga tidak menerima sebarang arahan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berhubung arahan penutupan operasi Japerun itu.
Justeru, semua pihak diminta tidak menyebar atau menularkan arahan palsu berhubung penutupan berkenaan.
CATEGORIES MELAKA