Pekan Sari tarikan baharu di Mini Malaysia

Pekan Sari tarikan baharu di Mini Malaysia

AYER KEROH 19 Feb – Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN (MMACP) memperkenalkan Pekan Sari sebagai tarikan baharu berkonsepkan gerai jualan di kampung.

Ketua Pengawai Eksekutifnya, Arif Faiz Zainuddin berkata, inisiatif itu merupakan usaha MMACP mengetengahkan pelbagai aktiviti yang terdapat di taman budaya itu.

“Pekan Sari menyediakan pelbagai juadah tradisi bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman berbeza.

“Antara menu menarik seperti tempe goreng, roti jala, tepung pelita dan lain-lain,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, pendekatan itu bagi menarik minat masyarakat sama ada tempatan atau luar negara untuk mengenali tradisi dan budaya di negara ini.

“Pengunjung juga dapat melihat secara langsung bagaimana cara menyediakan menu dipilih dan pastinya memberi kenangan manis kepada mereka.

“Sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri ini, MMACP turut memainkan peranan penting untuk menarik pelancong luar ke Melaka,” katanya.

CATEGORIES