Pekerja kontrak ditemui mati

Pekerja kontrak ditemui mati

JASIN 18 Jan. – Seorang pekerja kontrak, Low Ah Chye, 75, tahun ditemui mati di ruang tamu dalam sebuah rumah di tapak projek perumahan Saujana Impian, Tehel, Bemban Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden, Arshad Abu berkata, polis menerima aduan mengenai kematian warga emas tersebut yang dibuat di Balai Polis Bemban, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, semasa sampai di tempat kejadian, polis telah dimaklumkan oleh Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ayer Molek, Hazwan Abdullah, bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan di atas tubuh badan mangsa mendapati tiada kesan jenayah berlaku.

“Kematian mangsa dipercayai disebabkan serangan jantung dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat,” katanya kepada media.

Kes dikelasifikasi mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

CATEGORIES