Pembangunan perlu ikut jangka masa ditetapkan – Adly

Pembangunan perlu ikut jangka masa ditetapkan – Adly

AYER KEROH 1 Mac. – Semua agensi dan jabatan di negeri ini diminta melihat semula setiap perancangan pembangunan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bermula Mac sehingga Jun ini kerajaan negeri akan memantau segala jadual pembangunan supaya ia lebih tersusun demi kepentingan rakyat dan negeri Melaka khususnya.

“Kita bergerak atas jangka masa itu, kita akan pantau setiap jadual pembangunan di peringkat kerajaan negeri supaya mengikut jangka masa ditetapkan. 

“Dengan adanya pembangunan itu, ia memberi peluang kepada masyarakat di luar dapatkan pekerjaan sekali gus meningkatkan ekonomi Melaka,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dataran Seri Negeri di sini, hari ini. 

Jelasnya, kerajaan negeri mengalukan sektor swasta dan pelabur luar untuk membangunkan di negeri ini.

“Melalui pembangunan, kita dapat sediakan peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi dan memperolehi pendapatan negeri. 

“Kalau ‘cycle’ kerajaan negeri itu tidak dapat berlaku secara baik dan tersusun, maka ia akan memberi kesan kepada rakyat dan Negeri Melaka,” katanya. 

CATEGORIES