PEMROS anjur Car Boot Sales 28 Oktober ini

PEMROS anjur Car Boot Sales 28 Oktober ini

AYER KEROH 19 Okt. – Orang ramai termasuk penduduk sekitar Bandaraya Melaka berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan di Taman Melaka Perdana Resort Homes (PEMROS) sempena ‘Car Boot Sales’ pada 28 Oktober ini.

Pengerusi Program, Madelina Kuah berkata, pelbagai barangan termasuk keperluan dapur, pakaian, makanan bermasak, permainan serta assesories kenderaan akan dijual di car boot sales.

Katanya, program anjuran Persatuan Penduduk Melaka Perdana Resort Homes (PEMROS) akan diadakan di perkarangan clubhouse taman terbabit pada Ahad (28 Oktober 2018).

Ianya akan bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, ianya bermatlamat menambah lokasi perniagaan secara car boot sales terdapat di Melaka.

“Program bertemakan ‘Jualan Makanan Malaysia’ itu memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan selain menarik pengunjung terutama pelancong untuk menikmati pelbagai makanan istimewa terdapat di Melaka,” katanya.

Jelas Madelina Kuah, setakat ini seramai pengusaha telah mengesahkan penyertaan mereka pada car boot sales yang julung laki diadakan di PEMROS.

“Selain itu, para peniaga yang berminat menyertai program tersebut boleh hubungi urus setia di talian 019-665 7221 untuk keterangan lanjut,” katanya.

CATEGORIES