Penderitaan Azwan dapat perhatian Parlimen Kota Melaka

Syukur dan terima kasih Parlimen Kota Melaka, JKM dan MAIM

Penderitaan Azwan dapat perhatian Parlimen Kota Melaka

TELOK MAS 14 Feb – Penderitaan seorang penduduk, Azwan Ahmad yang menghidapi kencing manis mendapat perhatian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka yang menziarahinya di kediamannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini baru-baru ini.

Menerusi Facebook rasmi pusat khidmat itu, Azwan menghidap kencing manis yang serius hingga mengakibatkan kedua-dua penglihatannya kabur dan akan menjalani rawatan selanjutnya di Hospital Melaka.

Hadir pada lawatan itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tambak Bugis dan Setiausaha Majlis Agama Islam (MAIM), Azman Aziz.

Pada lawatan itu, Azman telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur dan wang tunai selain membaiki atap zink rumahnya yang bocor.

Menurut Azman, ketika ini pihaknya berusaha mendapatkan bantuan makanan bulanan dan pembelajaran anak Azwan.

CATEGORIES