Pendidikan muzik fahami budaya berbeza

Pendidikan muzik fahami budaya berbeza

DAMIAN turut mencuba peralatan muzik yang disediakan.

DURIAN DAUN 28 Sept. – Pendidikan muzik penting bagi menggalakkan ilmu pengetahuan, sekali gus memahami budaya yang berbeza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li berkata, dalam negara yang punyai pelbagai budaya, muzik boleh digunakan bagi mempromosi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Ujarnya, melalui muzik masyarakat boleh mempelajari budaya lain, tempatan dan antarabangsa tidak mengira bangsa.

Katanya, pendedahan muzik kepada masyarakat mampu meluaskan pengalaman, pemahaman dan penghayatan muzik dari pelbagai budaya.

“Saya percaya Melaka tempat terbaik untuk menganjurkan festival muzik kerana negeri ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang punyai pelbagai budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup International Music Innovation Festival (IMIF) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Durian Daun di sini, semalam.

Katanya, muzik punyai instrumen dan unsur-unsur tradisional dan moden yang membentuk identiti unik rakyat Melaka.

Menurutnya, muzik juga meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah dan meningkatkan keupayaan mereka dalam semua bidang pembangunan.

“Kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan muzik membantu pelajar mengembangkan potensi diri mereka dalam kreativiti, pemikiran kritis dan inovatif,” katanya.

CATEGORIES