Pendidikan pencegahan rasuah pelajar fokus utama SPRM Melaka

ALAI 23 Jan. – Program pendidikan menjauhi pelakuan serta amalan rasuah dalam kalangan pelajar menjadi fokus utama Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.
Pengarahnya, Awangkok Ahmad Taufik Putra berkata, fokus SPRM Melaka tahun ini adalah kepada pendidikan.
Katanya, ia bermula seawal pendidikan rendah hingga ke ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melibatkan universiti awam dan swasta.
Beliau berkata, antara program yang telah dan akan dilaksanakan dengan mengadakan program Wira Anti Rasuah.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan juga telah memasukkan modul dalam buku Pendidikan Islam Tahun 6 dan pendidikan moral untuk pelajar Tingkatan 1&2 di peringkat menengah bagi menambah maklumat berkaitan rasuah pelajar.
“Pada masa sama, terdapat juga beberapa buah sekolah mengundang pihak SPRM Melaka untuk merasmikan Majlis Pelantikan Kepimpinan Pelajar di sekolah mereka dalam masa terdekat ini,” katanya kepada MelakaKini ketika ditemui.
Awangkok Ahmad, 51, yang menggalas jawatan tersebut pada 8 Oktober 2018 menggantikan penyandang terdahulu, Abu Talib Othman telah menubuhkan Angkatan Ikatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) di sembilan IPT awam dan swasta bagi meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan amalan rasuah.
Ujarnya, penubuhan AMAR turut melibatkan Institut Pengajian MARA (IPMA) selain memberikan fokus program pencegahan rasuah kepada masyarakat dari semasa ke semasa agar mereka membenci perbuatan rasuah.
Antara misi dan visi yang akan beliau laksanakan di Melaka ialah dengan mengurangkan amalan rasuah dengan perbanyakkan aktiviti pendidikan berkaitan pencegahan rasuah melibatkan semua peringkat termasuk penjawat awam,” tegasnya.