Penerima terharu terima kunjungan Adly

Penerima terharu terima kunjungan Adly

BUKIT BARU 8 Feb. – Nor Azlin Khamis tidak menyangka diziarahi Ketua Menteri, Adly Zahari sebentar tadi.

Ibu kepada lapan orang anak itu berkata, dia berterima kasih kepada pemimpin negeri itu yang sanggup menyelami deritanya sekeluarga, dalam masa sama menghulurkan bantuan yang sebelum ini tidak pernah diperoleh.

“Saya tidak tahu hendak mengadu pada siapa tentang masalah kewangan yang dihadapi.

“Tetapi, hari ini Allah temukan saya dengan dia (Adly), yang saya tidak menyangka bertemu beliau hari ini,” katanya.

Jelasnya, menantu beliau ada menelefon tentang seseorang yang akan menziarahi keluarga saya hari ini, tetapi tidak menyatakan siapa yang hadir.

“Menantu telefon beritahu, harapnya dengan bantuan beliau, masalah dihadapi saya dan anak-anak dapat diringankan,” katanya.

Nor Azlin merupakan antara lima keluarga yang diziarahi Adly sebentar tadi.

Terdahulu, Adly turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang diziarahi sekitar kawasan Bukit Baru.

Hadir sama, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin.

CATEGORIES