Penjawat awam Melaka terima RM1,000

ALOR GAJAH 6 Jun – Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan pemberian khas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada lebih 5,000 penjawat awam negeri ini.
Jelasnya, pembayaran bonus itu akan dibuat dalam masa terdekat sebelum Aidilfitri pada 15 Jun depan.
“Dengan pemberian bonus ini diharap akan dapat meringankan beban penjawat awam di Negeri Melaka.
“Pembayaran ini akan dibuat sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika berucap pada program Moreh Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Keris di sini, Isnin lalu.
TAGS utama