Penuntut ditindas pusat pengajian kemahiran bertemu Adly esok

Penuntut ditindas pusat pengajian kemahiran bertemu Adly esok

AYER KEROH 17 Jan. – Penuntut dan ibu bapa mahasiswa semester akhir Diploma Kreatif Multimedia yang diberhentikan serta merta tanpa notis sebuah akademi tempatan di Jalan Hang Tuan kelmarin, akan berjumpa Ketua Menteri, Adly Zahari di Seri Bendahara, esok.

Menurut Muhammad Khairi Azhar, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Adly dan dia bersetuju untuk berjumpa dengan mereka yang terlibat esok.

MelakaKini semalam, melaporkan penuntut sebuah Pusat Bertauliah Diploma Kemahiran Malaysia menuntut penjelasan sebenar dari pusat itu berhubung pembuangan mengejut 14 mahasiswa tanpa notis, bermula semalam.

Kesemua mereka yang akan menamatkan pengajian yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi kecewa dengan sikap tidak professional akademi yang diiktiraf lima bintang oleh Jabatan Pembangunan Kementerian Sumber Manusia Malaysia itu.

“Kami semua (penuntut dan ibu bapa) akan bertemu Ketua Menteri esok supaya tindakan segera dapat diambil

“Makluman sudah diberi kepadanya dan  beliau bersetuju untuk berjumpa esok,” katanya.

Muhammad Khairi merupakan abang kepada Muhammad Hazim Azhar memaklumkan perkara itu sebentar tadi.

CATEGORIES