Perkasa produk penyelidikan Autonomous Vehicle & Humanoid Robot : UTeM rangka strategi

DURIAN TUNGGAL 30 Jan. – Pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited memperkasakan
agenda penyelidikan dan inovasi.
Ia sekali gus memberi impak positif kepada pelbagai dimensi dari sudut keungggulan pendidikan tinggi serta pembangunan komuniti.
Ekoran itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UTeM telah menganjurkan program Brainstorming berkaitan Flagship Product dihasilkan menerusi penyelidikan UTeM.
Program Brainstorming dikelolakan Pusat Kecemerlangan-Pusat Robotik dan Automasi Perindustrian (CoE-CeRIA) itu telah diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, di sini.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, brainstorming dijalankan
menerusi program itu memfokuskan kepada pembangunan dua produk utama UTeM iaitu ‘Autonomous Vehicle’ dan
‘Humanoid Robot’.
Katanya, program itu turut mengenal pasti tahap kepakaran yang dimiliki serta mengatur strategi menghasilkan Flagship
Product UTeM dalam menjadikan produk tersebut sebagai ikon utama produk penyelidikan universiti berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UTeM, Mohd Azmi Mat Said berkata, beberapa idea dan pelan tindakan telah dikenal pasti bagi
pelaksanaan projek berimpak tersebut.