Perlu sokongan swasta bangunkan bidang sukan

Perlu sokongan swasta bangunkan bidang sukan

DEMONSTRASI permainan bola sepak dari pasukan autism menarik perharian pengunjung.

BANDARAYA MELAKA 24 Sept. – Kerjasama dan sokongan pihak swasta dalam pembangunan sukan mampu meningkatkan motivasi dan prestasi seseorang atlet.

Ini kerana jelas Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee, usaha membangun serta menjaga kebajikan setiap atlet sukan tidak hanya terletak di bahu kerajaan mahupun persatuan-persatuan sukan yang ada.

Menurutnya, menerusi sokongan diterjemahkan menerusi tajaan kepada badan atau persatuan sukan, secara tidak langsung dapat memberi ransangan kepada atlet untuk lebih cemerlang dalam sesuatu pertandingan yang mereka sertai.

“Ia juga dapat mengalakkan penglibatan atlet lebih ramai dalam sesuatu aktiviti sukan yang mereka sertai,” katanya.

Chee Yee berkata demikian sempena Karnival Bola Sepak Piala CIMB Foundation 2018 di Stadium Hang Tuah di sini, Ahad lalu.

Hadir sama, Naib Presiden MUSA merangkap Pengerusi Teknikal & Pembangunan Belia MUSA, Nick Yong Yoon Pin; Presiden Bolasepak ASA-GP Melaka, Melvin Tan Ching Yang dan Pengurus CIMB Foundation, Abd. Rashid Abdul Rahman.

Chee Yee berkata, usaha dilaksanakan CIMB Faundation dilihat dapat membantu pembangunan sukan terutama sukan bola sepak melibatkan golongan belia.

Pada majlis tersebut, Chee Yee turut menyaksikan demonstrasi permainan bola sepak melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pada kejohanan itu, sebanyak lima pasukan telah menyertainya, mereka terdiri pasukan CIMB-YFA Kuala Lumpur, Kenari Kid Jitra Kedah, CIMB Melaka Junior, Era 80 JR dan TABS-SAFA Bandaraya Sabah.

CATEGORIES