Permohonan program Matrikulasi dibuka 25 Februari ini

AYER KEROH 19 Feb. – Permohonan kemasukan program Matrikulasi akan dibuka bermula 25 Februari hingga 2 April ini.
Menurut kenyataan Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) berkata, permohonan itu akan dibuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Katanya, pemohon hanya perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10.
Ujarnya, nombor lima digit itu akan digunakan dengan nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain bagi mendaftar masuk sistem berkenaan.
“Keputusan bagi meneruskan pengajian ke Matrikulasi juga akan diumumkan melalui laman sesawang.
“Pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana maklumat keputusan SPM pemohon akan diperoleh secara terus melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),” katanya.
Selain itu, pelajar yang berjaya perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan dalam talian sepenuhnya.