Persatuan Kemajuan Ehwal Wanita India rai 5 golongan sasar

Persatuan Kemajuan Ehwal Wanita India rai 5 golongan sasar

ANTARA golongan sasar yang menerima sumbangan.

BANDARAYA MELAKA 30 Okt. – Lima golongan sasar di sekitar Bandaraya Melaka menerima sumbangan dari Persatuan Kemajuan Ehwal Wanita India Melaka sempena perayaan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

Program ‘Jalinan Kasih’ dianjurkan itu merupakan salah satu inisiatif persatuan itu dalam perkukuhkan ikatan kekeluargaan di samping mengeratkan silaturahim.

Menurut Pengerusi Persatuan Kemajuan Ehwal Wanita India Negeri Melaka, V. Saraswthi, program tahunan persatuan terbabit juga bermatlamat memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan agar dapat bersama meraikan Deepavali.

Antara lokasi penyerahan sumbangan adalah Kampung Ujong Pasir, Kampung Limbongan, Ayer Keroh, Duyong dan Bandar Hilir.

Turut serta menyampaikan sumbangan, Penaung Persatuan itu, S. Sivapriakasm.

CATEGORIES