Pertandingan Dart & Karom Melaka 2018 anjuran MAKSAK Melaka 22 September

Pertandingan Dart & Karom Melaka 2018 anjuran MAKSAK Melaka 22 September

AZMAN

AYER KEROH 14 Sept. – Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Melaka (MAKSAK Melaka) akan menganjurkan Pertandingan Dart & Karom MAKSAK Melaka 2018 pada 22 September (Sabtu) ini.

Setiausaha Sosialnya, Azman Yusof berkata, pertandingan itu khas buat kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Melaka sahaja, sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri.

Katanya, pertandingan ini juga menjadi asas pemilihan peserta mewakili MAKSAK Melaka ke Kejohanan ‘Indoor Games’ MAKSAK Malaysia 2018 yang dikelolakan MAKSAK Melaka dari 18 hingga 21 Oktober di Melaka Bandaraya Bersejarah.

“Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Zamrud, Pejabat Tanah dan Galian, Aras 2, Wisma Negeri bermula jam 8.30 pagi,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Azman, pertandingan dart ini akan dijalankan secara individu lelaki dan wanita di mana sesi pengadilan akan mengikut peraturan ditetapkan oleh Persatuan Dart Malaysia.

“Manakala acara karom pula akan dibahagikan kepada dua ketegori iaitu lelaki dan wanita di mana sistem pengadilan akan mengikut peraturan ditetapkan ‘International Carrom Federation’ – ICF),” ujarnya.

Sehubungan itu, Azman menyeru penjawat awam yang berminat mengambil bahagian dalam pertandingan itu agar mendapatkan borang penyertaan dari semua setiausaha kelab-kelab sukan di jabatan masing-masing.

Peserta juga boleh mendapat borang penyertaan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Aras 3, Wisma Negeri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), tarikh tutup penyertaan sebelum pertandingan bermula.

Pihak penganjur juga menyediakan hadiah dari tempat pertama hingga keempat.

Untuk keterangan lanjut, peserta boleh hubungi ditalian 019-726 0093 atau Salleh Hassan di talian 012-2594 752.

CATEGORIES