Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 bermula

Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 bermula

PERTANDINGAN Drama Pendek Festival Kuala Lumpur (DFKL) kini bermula.

Mempertaruhkan RM18,000 untuk dimenangi, peserta diharap merebut peluang ini sebagai medium melangkah dalam bidang seni.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, sejak DFKL diperkenalkan pada tahun 2014, pertandingan drama pendek antara yang paling mendapat sambutan.

“Pelbagai genre drama pendek berkualiti diterima sehingga kini, kami minta sutradara muda menunjukkan bakat masing-masing dengan menghantar penyertaan mereka,” katanya.

Orang awam juga berpeluang mengundi artis pilihan mereka dalam Kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

“Mereka boleh membuat 10 undian setiap hari untuk menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL menerusi kategori
dipertandingkan kelak,” katanya.

Peserta perlu menghantar penyertaan sebelum 1 Mac 2019 dan
layari www.dfkl.com.my untuk melihat garis panduan bagi menyertai pertandingan ini.

Segala undian DFKL 2019 boleh dibuat www.dfkl.com.my bermula 1 Februari lalu.

CATEGORIES