Peruntukan RM42 juta di bawah Takaful CuepacsCare

Peruntukan RM42 juta di bawah Takaful CuepacsCare

AYER KEROH 29 Jan. – Sejumlah RM42 juta peruntukan ditanggung di bawah Program Takaful CuepacsCare bagi mendapatkan kos perubatan di hospital pakar.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, seramai 11,382 penjawat awam dan ahli keluarga mereka menyertai program tersebut, sekali gus mengurangkan bebanan ketika mendapatkan perkhidmatan hospital pakar.

Menurutnya, program tersebut telah dikendalikan
Medicare Assistance Sdn. Bhd. dan telah mencatat bayaran purata jumlah tuntutan sebulan bagi penjawat awam negara ini sebanyak RM3.5 juta.

Jelasnya, dengan bayaran bulanan serendah RM35 bagi pelan individu dan RM85 bagi pelan keluarga, mereka boleh miliki kad kesihatan untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta.

“Antara jenis penyakit paling banyak dirujuk peserta CuepacsCare ketika
mendapatkan rawatan hospital sepanjang tahun lalu ialah pneumonia, cirit-birit,
influenza, demam denggi, akut pernafasan dan penyakit berkaitan buah pinggang.

“Saya harap penjawat awam ambil
kesempatan ini untuk memiliki CuepacsCare kerana ia mampu menjamin masa depan apabila berdepan penyakit kronik,” katanya.

CATEGORIES