PERZIM agih limau sempena TBC

BANDAR HILIR 8 Feb. – Sempena Tahun Baharu Cina (TBC), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengagihkan buah limau mandarin di Muzium Sejarah & Etnografi, baru-baru ini.
Sebanyak 10 kotak limau telah diagihkan kepada pelancong berbilang kaum yang mengunjungi muzium sebagai simbolik perayaan TBC.
Usaha dilakukan itu, bagi memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum yang ada di negara ini selain meraikan perayaan tersebut antara satu sama lain.
Ia secara tidak langsung merapatkan hubungan kakitangan PERZIM bersama pelancong, sekali gus mempromosi produk pelancongan Melaka.
CATEGORIES MELAKA