PERZIM pelajari teknik cegah kebakaran

PERZIM pelajari teknik cegah kebakaran

KHAMIS bergambar bersama kakitangan yang terlibat Latihan Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran di Dewan PERZIM, baru-baru ini.

BANDARAYA MELAKA 25 Okt. – Seramai 34 kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyertai Latihan Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran, hari ini.

Pengurusnya, Datuk Khamis Abas berkata, latihan itu bagi memberi pendedahan kepada kakitangan PERZIM dalam mencegah dan mengawal kebakaran.

Katanya, anggota PERZIM diberi taklimat mengenai tatacara pemasangan sistem, pemasangan aktif dan pasif serta tatacara menyelamat mangsa dan CPR.

Menurutnya, latihan diadakan secara teori dan praktikal yang mendapat kerjasama dari Balai Bomba Jalan Kubu.

“Sebelah petang, aktiviti praktikal memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api yang diadakan di Muzium Kapal Selam, Klebang,” katanya.

Jelas Khamis, latihan itu merupakan langkah bagi melengkapkan ilmu berkaitan keselamatan kebakaran kepada kakitangan PERZIM sempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019).

Program itu anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PERZIM.

CATEGORIES