PERZIM rai 10 Anak Hari Malaysia

PERZIM rai 10 Anak Hari Malaysia

FADHILAH (baju hijau) menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada anak Malaysia.

BANDAR HILIR 20 Sept. – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) meraikan 10 Anak Hari Malaysia yang lahir pada 16 September di Muzium Rakyat, baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan gimik pelancaran oleh Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Fadhilah Md. Saleh diikuti upacara memotong kek.

Fadhilah berkata, walaupun usaha itu dilihat sederhana, namun ia mampu memberi impak yang besar.
Katanya, generasi muda perlu diingatkan tentang sejarah Malaysia hasil perjuangan generasi terdahulu.

“Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk negara kita hari ini,” katanya.

Ujarnya, melalui kesedaran sejarah, generasi muda mampu menghayati nilai sebenar Malaysia secara tidak langsung memupuk kecintaan kepada negara.

Mereka yang diraikan berusia antara empat hingga 55 tahun iaitu Zaliah Sangkit, Ammar Hazim Suhaimie, Mohd Sah Adi Putra Norfahmi dan Nur Dhaniyah Irdina Mohd Rizal.

Selain Nurul Nadirah Mohd Sharin, Muhammad Ammar Nazmi Nurul Faezal, Khainunnisa Abdullah, Muhammad Amsyar Hafiy Mohd Saiful Nizan, Mohd Omar Faroog Ahmad dan See Zhi Gue.

CATEGORIES