Pesanan buat kaki temberang

Pesanan buat kaki temberang

PENYANYI dan pelakon popular, Ayda Jebat ada pesanan dan nasihat khas kepada lelaki berperangai kaki penipu, kaki temberang, kaki pengkhianat dan lelaki yang suka bersumpah palsu.

Ayda berkata, pesanan dan nasihat khas itu akan dibuatnya dalam bentuk lagu di mana dia bakal bekerjasama dengan penyanyi dan komposer, Hael Husaini dan Ezra Kong bagi menghasilkan lagu terbaharu bertajuk ‘Temberang’.

Ayda dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal berita MStar Online berkata, dia teruja dengan kerjasama itu yang memperlihatkan dia turut menyumbangkan lirik dan melodi bagi lagu Temberang.

“Saya akan tampil dengan ‘single’ baharu hasil kerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Saya masih mengekalkan konsep lagu rancak, malah sebenarnya tak sabar hendak lancarkan lagu ini supaya dapat ditujukkan kepada kaki temberang,” kata Ayda.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayda mberkata, dia bakal berehat dari dunia lakonan selama tiga bulan bagi membolehkannya fokus kepada pelancaran lagu barunya itu.

“Kalau boleh nak lancarkan lagu itu sekarang, tapi ini bulan Ramadan dan Syawal akan lebih banyak lagu raya diputarkan, jadi kami tangguh dulu.

“Selepas raya lagu ini akan dilancarkan dan saya akan berehat sekejap dari lakonan untuk pelancaran dan promosi lagu Temberang,” ujarnya.

CATEGORIES