Pesawat penumpang pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, sejak ditutup pada 2012

ALEPPO19 Feb. – Pesawat penumpang dari Damsyik, Syria yang membawa 120 penumpang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo pada Rabu selepas hampir enam tahun ditutup, lapor agensi berita Sputnik.
Penumpang termasuk menteri pengangkutan dan menteri pelancongan serta beberapa pelancong dan petugas media.
Terdahulu, pengarah lapangan terbang, Mohammad al-Masri, berkata semua jabatan di lapangan terbang itu sudah siap untuk beroperasi. Lapangan terbang itu ditutup pada 2012 selepas mengalami kerosakan teruk akibat serangan pengganas.
Pembukaannya menyusul selepas kerajaan Syria baru-baru ini menguasai semula laluan ke lebuh raya antarabangsa M5 Damsyik-Aleppo yang sebelum ini dikuasai pemberontak.
— BERNAMA
CATEGORIES Antarabangsa