Peserta lakukan terjunan pertama 163 meter

Peserta lakukan terjunan pertama 163 meter

BANDARAYA MELAKA 20 Mac – Kira-kira 35 peserta melakukan terjunan pertama kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam sempena International Base Jump Championship 2019.

Acara lasak payung terjun melibatkan penerjun profesional negara dan antarabangsa itu mendapat sambutan masyarakat sekitar bagi menyaksikan aktiviti sukan lasak yang dijalankan di Bangunan The Shore di sini.

Pada awalnya acara pelepasan yang dilancarkan sekitar jam 9.30 pagi itu terpaksa ditunda berhubung keadaan angin yang kencang di sekitar kawasan berkenaan.

International Base Jump Championship 2019 yang bermula semalam sehingga 24 Mac ini mampu menarik lebih ramai pelancong, sekali gus menepati hasrat kerajaan negeri sempena sambutan Tahun Melawat Melaka 2019.

Sukan lasak diadakan itu melibatkan acara terjunan kira-kira 163 meter malah peserta perlu mendarat sekitar tiga hingga lima saat.

CATEGORIES