Pesta Ponggal medium erat hubungan silaturahim

Pesta Ponggal medium erat hubungan silaturahim

JASIN 18 Jan. – Pesta Ponggal menjadi tradisi kepada kaum India untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan mereka di dalam satu majlis yang penuh bermakna.

Ia juga ruang untuk berkongsi mengenai budaya masyarakat itu bersama kaum-kaum lain di negeri ini.

Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Koperasi, NGO dan Hal Ehwal Pengguna, G. Saminathan, berkata, setiap kaum mempunyai keistimewaan tersendiri apabila meraikan perayaan.

Menurutnya, lebih membanggakan penganjuran pesta ini melibatkan ramai pihak dan pelbagai aktiviti menarik.

“Ini salah satu pendekatan yang baik kaum India saling berkerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.

“Pesta ini juga sekali gus meningkatkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum,” katanya ketika merasmikan Pesta Ponggal anjuran Tarani Vazh Tamilar Kazhagam di Kuil Sri Maha Mariammam.

Antara aktiviti dijalankan termasuk, pertandingan mewarna, tarian kebudayaan, silambam, membuat ponggal dan lain-lain lagi.

CATEGORIES