PMM kongsi kepakaran TVET bersama pelajar sekolah

PMM kongsi kepakaran TVET  bersama pelajar sekolah

MERLIMAU 5 Feb. – Politeknik Merlimau (PMM) melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengadakan perkongsian penggunaan Autodesk Inventor bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota, Umbai, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Mohamad Shahril Ibrahim berkata, program dikhususkan buat pelajar tingkatan empat dan lima itu adalah bagi memantapkan kemahiran mereka dalam bidang TVET.

“Program ini membantu pelajar memupuk minat terhadap kemahiran TVET melalui aktiviti yang dilaksanakan.

“Ia secara tidak langsung memperkenalkan program yang ditawarkan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kepada masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PMM, Mohamad Nazri Ismail berkata, program itu mewujudkan jaringan perkongsian ilmu kepada kumpulan sasaran terutama pelajar sekolah mengenai bidang TVET.

“Inisiatif ini menarik minat pelajar sekolah untuk memilih bidang yang diminati pada pengajian yang lebih tinggi nanti,” katanya.

Program tersebut diadakan di Makmal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMM yang dihadiri 25 pelajar dan dua guru SMK Sri Mahkota.

CATEGORIES