PMM rancakkan sukan ragbi Melaka

PMM rancakkan sukan ragbi Melaka

MERLIMAU 29 Jan. – Penububan Pasukan Ragbi Wanita Politeknik Merlimau Melaka (PMM) usaha bagi membangunkan sukan ragbi tanah air di negeri ini.

Inisiatif Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) itu bagi merancakkan lagi sukan ragbi dalam kalangan pelajar PMM.

Jurulatih Pasukan, Mohd Shafie Osman berkata,  12 pemain PMM dihantar mengikuti Klinik Asas Ragbi Wanita Politeknik Malaysia di Politeknik Port Dickson baru-baru ini.

“Program lain juga sedang diatur bagi memantapkan pasukan ragbi ini untuk bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Katanya, pasukan itu dalam kerangka bagi melayakkan diri dalam kejohanan seperti MSP Women 7s, Poly 10’s, Kejohanan IPT Terbuka dan lain-lain kejohanan terbuka kebangsaan.

PMM merupakan Pusat Kecemerlangan Ragbi Lelaki bagi Politeknik Malaysia dan telah memenangi pelbagai kejuaraan sama ada peringkat negeri mahupun kebangsaan.

CATEGORIES