PMPM adakan kempen berperingkat Hak Pengguna

PMPM adakan kempen berperingkat Hak Pengguna

ALOR GAJAH 23 Okt. – Manusia inginkan kehendak yang sentiasa perlu dipenuhi dan salah satu yang meletakkan ciri sebegitu pada manusia ialah keperluan dan kehendak kepada sesuatu perkhidmatan dan barangan.

Bagaimanapun, apa kehendak yang penting adalah kesannya sama ada ke atas individu mahupun negara di mana pengguna perlu peka kepada hak mereka yang disediakan oleh peraturan diwujudkan untuk melindungi mereka.

Tidak ramai memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna mengguna perkhidmatan serta barangan di pasaran.

Ini kerana wujud kelemahan yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada entiti yang kurang ataupun tidak bertanggungjawab.

Atas komitmen dan kesedaran inilah Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) mengambil inisiatif berperingkat ketengahkan kempen.

Selain melatih orang ramai dan pengguna agar menjadi satu amalan atau budaya positif dalam mempraktikkan perkara melibatkan aspek kepenggunaan.

Timbalan Pengerusi PMPM, Azlin Othman berkata, usaha itu bertujuan untuk keharmonian, kesejahteraan dan ia harusnya menjadi tanggungjawab bersama dan ia juga direka untuk mendidik, membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai banyak hal.

Katanya, PMPM akan sentiasa bekerjasama dan memberi sumbangan dalam pergerakan pengguna.

Jelasnya, dalam hal ini, pokok pangkalnya perlu bermula dengan pengguna itu sendiri untuk lebih peka, sensitif dan prihatin tentang isu-isu melibatkan kepenggunaan yang wujud selain dapat melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan.

“Lapan perkara yang diberi perhatian iaitu ‘hak untuk mendapat keperluan asas; hak untuk membuat pilihan; hak untuk mendapatkan maklumat; hak untuk mendapat ganti rugi.

“Selain hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat; hak untuk menyuarakan pendapat; hak untuk mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat.

“Buat permulaan, ia bertumpu kepada pendekatan mesra turun padang sedia ada selain disampaikan melalui program melibatkan penyertaan bersama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, Bulan Sabit Merah Melaka, PERMATA Negara, KEMAS juga korporat dan NGO lain.

“PMPM akan meneruskan usaha seperti ini dan akan terus bekerjasama bergerak sebagai sebuah pasukan dengan agensi, korporat, NGO sedia ada.

“Namun, jika ada pihak yang mahu berganding bahu bersama, adalah dialu-alukan sebarang bentuk kerjasama.

“Dengan harapan, kita semua dapat memastikan hak-hak pengguna terjaga melalui pelaksanaan kempen tersebut,” katanya kepada MelakaKini.

CATEGORIES