Program Eco-School dedah murid pendidikan khas sayangi alam sekitar

Program Eco-School dedah murid pendidikan khas sayangi alam sekitar

PELAJAR yang terlibat dengan projek music therapy membuat persembahan.

BUKIT BARU 28 Sept. – Program Eco-School dilaksanakan petandbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru dilihat mampu tingkatkan pengetahuan pelajar pendidikan khas berkaitan penjagaan alam sekitar.

Program melalui kerjasama World Wildlife Fund (WWF-Malaysia) dan Green Growth Asia Foundation itu dimulakan di sekolah tersebut pada tahun lalu melibatkan pelajar pendidikan khas.

Pengetua SMK Bukit Baru, Ab. Malek Kasim berkata, program Eco-School bermatlamat mendidik pelajar pendidikan khas berdikari demi legasi masa depan mereka selepas meninggalkan alam persekolahan nanti.

Katanya, antara program yang diadakan ialah membuat baja kompos menggunakan sisa makanan terbuang diperolehi dari kantin sekolah.

Jelasnya, mereka juga turut diajar membuat pasu bunga menggunakan pelbagai bahan terbuang seperti tuala buruk, botol, tin dan sebagainya.

“Pelajar aliran biasa juga dilibatkan menerusi projek penanaman pokok dilaksanakan menerusi aktiviti kokurikulum sekolah,” katanya.

Ab. Malek berkata demikian sempena program Eco-School WWF-Malaysia di sekolah terbabit, semalam.

Hadir sama, Communication Officer, Education for Sustainable Development WWF-Malaysia, Farisha Zainol; Projek Director Gerrn Growth Asia Foundation, B. Sri Themudu dan Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Zoraini Abd. Kadir.

Antara aktiviti Eco-School lain yang telah dilaksanakan di SMK Bukit Baru adalah projek ‘kitchen garden’ bertemakan ‘Nature n Biodiversity’, projek kitar semula bertemakan Waste, Munkey Feeder bertemakan ‘Biodiversity dan ‘music therapy’ bertemakan ‘Health and Well Being’.

CATEGORIES