Program Jejak Sejarah dedah pelajar salasiah Kesultanan Melayu Melaka

Program Jejak Sejarah dedah pelajar salasiah Kesultanan Melayu Melaka

SEBAHAGIAN pelajar dan guru pengiring bergambar kenangan di Taman Merdeka, Bandar Hilir.

BANDAR HILIR 11 Okt. – Seramai 35 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT-3) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim menyertai Program Jejak Sejarah Kesultanan Melayu Melaka di sekitar Bandar Hilir, hari ini.

Program itu turut disertai Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Rosmini Aisha serta empat guru pengiring termasuk Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Malim, Che Aziz Jaafar.

Antara lain, program Jejak Sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu bertujuan mendedahkan kepada pelajar berkaitan salasilah sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Ia juga bagi memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mereka selepas menduduki peperiksaan PT-3 di samping menyertai aktiviti santai di sekitar kawasan bersejarah di Bandar Hilir.

CATEGORIES