Program khas RTM sempena TBC

Program khas RTM sempena TBC

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pelbagai rancangan hiburan menarik sepanjang meraikan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini.

Ia termasuk menyiarkan tujuh program khas termasuklah filem dan telemovie bertemakan muzikal, cinta, kekeluargaan dan aksi.

Telefilem ‘Journey to Love’, ‘Together’, ‘Lunar New Year Special 2019’, ‘Dragon Blade’, ‘Forget Loving You’, ‘The Fist of Legend’ dan ‘A Complicated Story’, disiarkan bermula 4 hingga 7 Februari ini.

Menarik mengenai telefilem ini, setiap darinya punyai jalan cerita yang penuh mesej dan sesuai ditonton seisi keluarga.

Bagi slot muzikal khas, sebuah program terbitan Unit Hiburan TV RTM, ‘Lunar New year Special 2019’ akan membawa barisan artis tempatan terkenal iaitu Alvin Chong, Crystal Ong, DJ Jin Long dan DJ En Ci menghiburkan penonton pada 5 Februari jam 8.30 malam.

Selain di televisyen, penonton setia RTM juga boleh menonton program khas ini menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) dan RTM mobile.

CATEGORIES