Program PPL & JTDL bakal diperluas di Melaka

Program PPL & JTDL bakal diperluas di Melaka

NORHIZAM dan Che Samsudin melihat buah bambangan dari Sabah yang dijual pada program tersebut.

BUKIT KATIL 15 Okt. – Program Pusat Pengumplan Ladang (PPL) dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) akan diperluaskan di seluruh Melaka dalam masa terdekat.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Petani, Norhizam Hassan Baktee berkata, buat masa ini program PPL dan JTDL hanya ada di Jalan Tun Kudu Bukit Katil dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

Menurutnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang mewujudkan dua lago PPK dan JTDL di Alor Gajah untuk menggalakkan petani-petani menjual terus hasil-hasil pengeluaran mereka kepada pemborong, peruncit atau pengguna langsung seiring dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

“Perlaksanaan program ini menawarkan harga lebih rendah di pasaran iaitu pengurangan dari lima peratus hingga 20 peratus. Ini yang rakyat perlukan.

“Pada masa sama, PPL mampu meningkatkan pendapatan para petani, penternak, nelayan dan pengeluar dari taraf kemiskinan,” ujarnya.

Norhizam berkata demikian kepada media ketika ditemui pada program PPL dan JTDL Yoshi Agro Care di Jalan Tun Kudu di sini, hari ini.

Antara produk pertanian dijual seperti cili merah, cili hijau, terung, bawang besar dan buah-buahan, antaranya buah bambangan yang dibawa khas dari Sabah.

Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Che Samudin Hassan.

CATEGORIES
TAGS