Program Riadah Bersama Ketua Menteri dekati masyarakat

Program Riadah Bersama Ketua Menteri dekati masyarakat

TANJUNG BIDARA 26 Jan – Kira-kira 1,000 peserta menyertai Program Riadah Bersama Ketua Menteri, Adly Zahari di Pantai Tanjung Bidara sebagai platform mendekati pemimpin bersama masyarakat.

Program anjuran Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) itu dijalankan melalui kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Pejabat Tanah dan Galian.

Program berlangsung jam 3. 30 petang itu mengadakan pelbagai acara sukan bagi menggalakkan semangat menggayakan hidup sihat dalam kalangan agensi kerajaan dan masyarakat.

Pada program itu, pelbagai acara dijalankan dan hampir kesemuanya disertai Adly seperti acara senam robik, bola tampar pantai, memancing dan pelbagai lagi.

Adly turut sempat mengadakan sesi temu bual antara pelajar yang terlibat pada program berkenaan dan ada antaranya berbincang mengenai hala tuju dan persediaan sebelum bergelar mahasiswa

CATEGORIES