Program Sehati Sejiwa Bersama SWCorp dekati masyarakat, tingkat kebersihan

Program Sehati Sejiwa Bersama SWCorp dekati masyarakat, tingkat kebersihan

JASIN 30 Jan. – Enam keluarga terdiri warga emas dan golongan memerlukan diziarahi sempena program Sehati Sejiwa
Bersama SWCorp di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, hari ini.

Program itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan disambut kaum Tionghua tidak berapa hari lagi.

Selain menyampaikan sumbangan, warga kerja SWCorp Melaka dengan kerjasama SWM Environment dan syarikat UTAC
Manufacturing Services (M) Sdn. Bhd. turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah keenam-enam penerima bantuan terbabit.

Program itu bermatlamat menjenamakan SWCorp dalam menjadikannya sebagai sebuah agensi mendekati masyarakat.

Pada masa sama, program ini juga dapat menggalakkan penyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi swasta bersama-sama kerajaan menangani isu kebersihan awam di peringkat komuniti,
selaras dengan Pelan Tindakan Kebersihan 2015-2020.

Program itu juga dapat memanptapkan lagi pelaksanaan serta aktiviti kebersihan di kawasan perkitaran melalui inisiatif
masyarakat.

Program penyerahan bantuan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin.

Turut hadir, Pengarah SWCorp Melaka, Sharudin Hamid; Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka & Negeri Sembilan,
Dr. Al-‘ashari Othman; Pengurus Facility, UTAC Manufacturing Services (M) Sdn. Bhd., Ismail Mohd Yunus dan wakil Ibu
Pejabat Polis Jasin.

CATEGORIES