Program Terjah Gong Xi Fa Chai 2019 : 30 keluarga terima sumbangan TBC

BANDARAYA MELAKA 4 Feb. – Seramai 30 keluarga masyarakat Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana
menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019.
Program ‘Terjah Gong Xi Fa Chai 2019’ anjuran Pertubuhan Irwani Melaka (Irwani) itu dirasmikan Exco Kesihatan & Anti Dadah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong di Balai Raya Kampung Morten di sini, Ahad lalu.
Hadir sama, Pengerusi Irwani, Bedah Jalil; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Seputeh, Mohamad Riadz Mohamad Hashim dan Ahli Pengarah Koperasi Industri Music Malaysia Bhd.,
Datuk Roycee Saayan.
Bercakap kepada MelakaKini, Bedah memberitahu, program Terjah Gong Xi Fa Chai itu bagi memberi sumbangan kepada
golongan kurang berkemampuan sempena sambutan TBC 2019.
Katanya, dengan sumbangan diberikan, diharap keluarga ini dapat menyambut TBC dengan gembira di samping keluarga.
“Program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara
pemimpin dengan rakyat di mana pemimpin dapat bergaul dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.
“Ini adalah petanda positif kepada kerajaan kerana dengan aktiviti seperti ini, pihak kerajaan dapat mendekatkan diri dengan rakyat dan rakyat juga dapat mengenali pemimpin mereka dengan lebih
dekat lagi,” katanya.