Program Transisi dedah murid alam persekolahan

Program Transisi dedah murid alam persekolahan

TANJUNG MINYAK 21 Jan. – Program Transisi Tahun Satu memberi pendedahan kepada murid mengenai alam persekolahan.

Inisiatif dilaksanakan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) itu, sekali gus memberi ruang murid yang baharu memasuki sekolah untuk mempelajari ilmu pendidikan.

Guru Besarnya, Ehsanudin Abd. Jalil berkata, usaha itu berjaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah walaupun baru jejakkan kaki ke sekolah.

“Aktiviti ini dijalankan selama dua minggu, kita lihat mereka seronok dan dapat mengenali perkara asas semasa berada di sekolah.

“Terdapat juga taklimat disiplin, taklimat buku teks, mengenali kawasan sekolah dan program bersama kaunselor yang memberi pendedahan asas kepada murid Tahun 1,” katanya.

Katanya, program diadakan itu satu pengiktirafan yang baik dan perlu diteruskan di masa akan datang.

“Ini bagi membina semangat dan jati diri murid untuk menyanyangi sekolah dan secara tidak langsung menjaga nama baik sekolah,” katanya.

Hadir sama, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Syed Husain Syed Ismail; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Asnia Yusoff dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Victory Udin.

CATEGORIES