Program ‘Your Smart Brain Is Just Right Challenge’, 29 Januari

Program ‘Your Smart Brain Is Just Right Challenge’, 29 Januari

MERLIMAU 25 Jan. – Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) bakal mengadakan Program Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019 pada 29 Januari ini di Dewan Platinum, PMM.

Program anjuran menerusi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer itu diadakan selama satu hari terbuka kepada semua pelajar PMM khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Intanku Salwa Shamsuddin berkata, program itu bagi memupuk minat pelajar mengenai kursus sains, matematik dan komputer.

Katanya, ia juga dapat menyemai semangat kerja berpasukan dan membina daya pemikiran yang kreatif serta inovatif.

“Terdapat pelbagai aktiviti seperti Giant Crazy Snake, Science Scrabble, Rubric Game, Math Table, Congkak dan Video Games.

“Aktiviti ini bagi merangsang minat pelajar terhadap sains, matematik dan komputer,” katanya.

CATEGORIES