Program Ziarah Qaseh KKMT bantu golongan gelandangan

Program Ziarah Qaseh KKMT bantu golongan gelandangan

MASJID TANAH 9 Okt. – Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) telah menganjurkan Program Ziarah Qaseh Bersama Rakan Jalanan bagi membantu golongan gelandangan.

Program melalui kerjasama BriSK Unit Pembangunan Pelajar KKMT serta Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) itu di bawah Pertiwi Soup Kitchen.

Sebanyak 400 bungkus roti krim dan air kotak telah disumbangkan oleh warga KKMT kepada pihak PERTIWI.

Sementara itu, Pengarah KKMT, Mohd Rahim Mahmood berkata, program itu sebagai wadah membentuk pelajar yang prihatin kepada masyarakat setempat.

“Di samping itu, katanya, program ini juga dapat menambahkan keyakinan pelajar untuk bertemu dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

“Pada masa sama, mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri peserta supaya memikirkan penyelesaian masalah dihadapi oleh ummah kini,” ujarnya kepada MelakaKini ketika ditemui di KKMT.

CATEGORIES